Barisan profesional
Di Vacasia Tours & Travel Sdn. Bhd., kami menampilkan barisan tenaga kerja yang profesional, berdedikasi dan berpengalaman luas dalam industri pelancongan. Di bawah pimpinan pengurusan baharu sejak tahun 2023, kami komited untuk membentuk pasukan dinamik yang mampu memenuhi kehendak pasaran serta memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi.
Vacasia menitikberatkan kualiti perkhidmatan dengan melantik pengurus serta penyelaras pakej yang berkelayakan dan berpengalaman. Pasukan ini memainkan peranan penting dalam memastikan setiap urusan perjalanan jemaah diurus secara sistematik dan profesional – dari peringkat persiapan, keberangkatan, sehingga kepulangan ke tanah air. Fokus kami adalah untuk menyediakan pengalaman ibadah yang lancar, selesa dan bermakna kepada setiap jemaah.
